|
|
|
|
|
|
|
|
Pihak Belanda yang mempunyai hubungan
yang baik dengan Portugis, merupakan pelanggan utama mereka dalam rempah ratus
dan lain-lain barangan dari timur, yang diedarkan ke seluruh bahagian utara
benua Eropah. Bagaimanapun, pada tahun 1580 negara Portugal bergabung dengan
negara Sepanyol di bawah pemerintahan Raja Philip II, yang merupakan seteru
utama Belanda.
|
|
|
Baginda telah melarang pihak Belanda
dari memasuki pelabuhan yang dikuasai Portugis. Dengan sebab itu, pihak Belanda
terpaksa mendapatkan bekalan mereka dari sumber yang lain dan mengambil
keputusan untuk pergi sendiri ke timur untuk melenyapkan penguasaan pihak
Portugis dalam perdagangan rempah ratus. Pihak Portugis yang berpengkalan di Goa
dan Melaka mengadakan beberapa cubaan untuk menghalang kemasukan kapal-kapal
Belanda ke Asia Timur, namun tidak berjaya. Kapal-kapal mereka tidak dapat
menyaingi kapal-kapal Belanda yang lebih baru dan mempunyai kelengkapan yang
lebih baik. Tambahan pula, pemerintah-pemerintah di Indonesia menyambut baik
pihak Belanda dengan harapan persaingan sengit di antara Belanda dan Portugis
akan menaikkan lagi harga pasaran barangan keluaran negara mereka dan
menghasilkan kutipan cukai yang lebih tinggi.
Pihak Belanda dapat menyaingi Portugis dengan mudah kerana mereka
mempunyai pelayar yang lebih mahir dan kapal-kapal yang lebih hebat, yang
membolehkan mereka membawa rempah ratus ke Eropah dengan kos yang lebih murah
dari pihak Portugis. Pada tahun 1602, Syarikat Hindia Timur Bersekutu Belanda
ditubuhkan untuk menyatukan kesemua syarikat Belanda di Asia demi kebaikan
bersama pedagang Belanda. Syarikat tersebut dengan kebenaran kerajaan Belanda,
telah memonopoli perdagangan di Asia dan berkuasa untuk membuat perjanjian dan
pakatan dengan pemerintah tempatan, menakluki jajahan dan membina kubu
pertahanan. Semua pengkalan Belanda yang berada di India Timur telah diambil
alih oleh Syarikat tersebut.
|
|
|
Pada tahun 1605, angkatan bersenjata
Syarikat ini telah berjaya menawan kubu Portugis di Ambon dan menjadikan pulau
tersebut sebagai jajahan pertamanya di kepulauan Melayu. Setelah berjaya menawan
Ambon dengan mudah, Belanda yakin bahawa mereka juga boleh menawan Melaka. Pada
tahun 1606, pihak Belanda membuat satu perjanjian dengan Sultan Johor dengan
tujuan untuk menawan Melaka. Walau bagaimanapun, serangan pakatan Belanda-Melayu
telah gagal dan Melaka terus berada di bawah jajahan Portugis selama 35 tahun
yang seterusnya. Belanda mempunyai satu matlamat utama untuk menawan Melaka.
Mereka mahu Betawi menjadi satu-satunya pusat perdagangan barangan timur dan
untuk mencapai matlamat tersebut, mereka perlu menghentikan perdagangan Portugis
di Melaka. Oleh itu, di antara tahun 1619 dan tahun 1640, pihak Belanda dengan
kekuatan angkatan laut mereka telah berjaya mengalihkan kebanyakan perdagangan
dari Melaka ke Betawi. Namun, pihak Belanda khuatir tentang kemungkinan Melaka
jatuh ke tangan kuasa Eropah yang lain yang boleh memberi persaingan kepada
Betawi. Satu-satunya cara untuk menghindari perkara ini daripada berlaku ialah
dengan menawan Melaka dan menjadikannya sebuah wilayah Betawi.
Pihak Belanda membuat serangan yang berterusan ke atas kapal-kapal
Portugis pada awal kurun ke-17 dan pada tahun 1606, mereka telah melancarkan
satu serangan ke atas Melaka, namun gagal. Pada tahun 1640, pihak Belanda dengan
pakatan bersama pihak Melayu telah mengepung kota Melaka dan menghalang
kemasukan bekalan makanan. Orang-orang dari Johor mengawal bahagian sungai dan
perkampungan di sekitar kota manakala pihak Belanda mengawal laluan masuk dari
arah laut. Pihak Belanda juga membina benteng yang mempunyai beberapa pucuk
meriam yang dihalakan ke arah kubu pertahanan Portugis di bahagian timur, supaya
mereka boleh membedil pihak Portugis. Musim hujan pun bermula dan banjir yang
berlaku menyebabkan kawasan rendah di mana pihak Belanda berpengkalan
ditenggelami air. Wabak malaria juga merebak di kalangan tentera Belanda dan
Portugis, membunuh ramai daripada mereka termasuklah dua orang nakhoda Belanda
dan seterusnya melemahkan semangat perjuangan kedua belah pihak.
|
|
No comments:
Post a Comment