PERDANA MENTERI KETIGA
NAMA: Tun Hussein Onn TARIKH LAHIR: 1922
GELARAN: Bapa Perpaduan TEMPOH BERKHIDMAT: 15 Januari 1976 hingga 16 Julai
1981
TUN HUSSEIN mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketiga pada
jam 9.30 pagi 5 Januari 1976, sehari selepas Tun Abdul Razak meninggal dunia,
dengan agenda utamanya: Meneruskan pembangunan negara.
Walaupun tempoh
beliau menjadi Perdana Menteri agak pendek, tetapi Hussein dikenali sebagai
pemimpin konsisten dan tidak banyak menimbulkan kontroversi.
Beliau
dikenang kerana jasanya menegakkan keadilan dan kejayaannya menarik kedatangan
pelabur luar yang menjadi penggerak kepada perkembangan ekonomi
negara.
Hussein meletak jawatan pada 16 Julai 1981 atas sebab kesihatan
dan tugasnya diambil alih Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad yang mengangkat sumpah
pada hari sama. Beliau meninggal dunia pada 29 Mei 1990 ketika berusia 68 tahun
di San Francisco, Amerika Syarikat, kerana serangan sakit jantung.
No comments:
Post a Comment