|
|
|
|
|
|
|
|
Pada jam 10 pagi, 14 Januari 1641,
Melaka telah jatuh ke tangan Belanda. Komandan Belanda, Willemson Kaatokoe, yang
ditempatkan di sebuah pengkalan di Kampung Keling, telah memasuki kubu untuk
membincangkan tentang peralihan kuasa dan syarat-syarat penyerahan dengan
Gabenor Portugis, Dom Manuel de Souza Coutinho.
|
|
|
Beliau bersetuju untuk membebaskan
semua tawanan Portugis berserta barangan milik mereka setelah mendengar rayuan
daripada seorang paderi. Hanya pasukan tentera diraja Portugis ditawan dan
dibawa ke Betawi. Gabenor terakhir Portugis mati dua hari selepas kemenangan
pihak Belanda. Belanda telah mengepung Melaka selama lapan bulan dan sepanjang
tempoh tersebut hampir 7,000 penduduk Melaka terbunuh dan 10,000 lagi lari
meninggalkan Melaka. Pihak Belanda kehilangan seramai 1,500 tentera termasuk
tiga orang nakhoda kerana masalah kesihatan. 200 orang tentera Portugis terbunuh
dan 500 lagi mati akibat gejala malaria. Kekalahan Portugis ini menandakan
berakhirnya pemerintahan mereka di Melaka.
Melaka di bawah Kuasa Belanda (1641-1824)
Selepas ditawan, Melaka berfungsi sebagai pengkalan untuk menghalang
musuh Belanda dari memasuki Selat Melaka dan juga merupakan pusat pengumpulan
hasil dari Semenanjung Tanah Melayu, terutamanya bijih timah. Belanda tidak
memberi tumpuan kepada Tanah Melayu dan sepanjang pemerintahan mereka, kerajaan
Johor-Riau, yang merupakan sekutu Belanda, dibiarkan menjadi lemah. Sehingga
tahun 1800, kesemua negeri-negeri yang bernaung di bawah kerajaan ini keluar
dari naungan Sultan Johor dan mengisytiharkan negeri mereka merdeka. Sebagai
ahli perniagaan dan pedagang, orang Belanda tidak mempunyai rasa belas kasihan
terhadap pesaingnya. Oleh kerana sikap yang demikian, pedagang-pedagang China
mula mengubah haluan perdagangan mereka dan hasilnya, kemajuan yang sekian lama
melimpahi Melaka mula merosot begitu juga jumlah penduduknya.
|
|
|
Kebebasan Beragama
Kebebasan beragama merupakan faktor utama yang mengekalkan keharmonian
sosial semasa pemerintahan Kesultanan Melayu. Sebaliknya, Portugis mengharamkan
sebarang amalan agama selain daripada Katolik Rumawi. Pihak Belanda pula tidak
begitu tegas tentang anutan agama penduduk dan mengamalkan toleransi dalam
perkara ini. Walau bagaimanapun, mereka menentang amalan agama Katolik Rumawi
sehingga tahun 1695, kerana sistem yang diamalkan di Eropah, menggabungkan
urusan kerajaan dengan ajaran agama.
|
|
No comments:
Post a Comment