PERDANA MENTERI KEDUA
NAMA: Tun Abdul Razak Datuk Hussein TARIKH
LAHIR: 11 Mac 1922 GELARAN: Bapa Pembangunan TEMPOH BERKHIDMAT: 22 September
1970 hingga 14 Januari 1976
TUN ABDUL RAZAK mengangkat sumpah sebagai
Perdana Menteri pada 22 September 1970 ketika negara dilanda kemiskinan dan
menghadapi masalah perpaduan kaum.
Menyedari ketegangan kaum berpunca
daripada masalah kemiskinan orang Melayu dan perpaduan kaum yang rapuh, beliau
melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Rukun Negara. Falsafah pembangunan DEB
yang dilancarkan pada 1970 menekankan keseimbangan antara pembangunan sosial dan
perkembangan ekonomi.
Abdul Razak juga mewujudkan pelan pembangunan
sistematik melalui Rancangan Pembangunan Malaysia selama lima tahun; bermula
Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua sebagai pemangkin DEB.
Beliau
mencetuskan idea penubuhan Barisan Nasional selepas menyaksikan tragedi berdarah
13 Mei 1969 dengan mengembangkan Parti Perikatan yang memerintah ketika itu
kepada Umno, MCA dan MIC.
Seperti Tunku Abdul Rahman, Abdul Razak serius
terhadap pendidikan anak Melayu dengan menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara pada
1972 yang turut memberi laluan dengan kuota 10 peratus kepada pelajar kaum
lain.
Abdul Razak meninggal dunia pada 14 Januari 1976 di London ketika
masih memegang jawatan Perdana Menteri kerana penyakit leukemia dan digantikan
oleh Tun Hussein Onn.
No comments:
Post a Comment