PERDANA MENTERI PERTAMA
NAMA: Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj TARIKH LAHIR: 8 Februari 1903 GELARAN: Bapa Kemerdekaan TEMPOH
BERKHIDMAT: 31 Ogos 1957 hingga 21 September 1970
JASA Tunku Abdul Rahman
yang tidak boleh dilupakan apabila beliau berjaya membawa kemerdekaan kepada
negara tanpa sebarang pertumpahan darah. Beliau menjadi pemimpin Umno Malaya
Pertama.
Tunku menyarankan tilawah al-Quran dijadikan acara utama negara
dan Pertandingan Musabaqah al-Quran peringkat antarabangsa pertama berlangsung
pada 9 Mac 1961.
Tunku juga membentuk Dasar Pelajaran Kebangsaan (1956),
Dasar Kebudayaan dan Akta Bahasa Kebangsaan (1963/67) yang menandakan beliau
mementingkan pendidikan anak bangsanya.
Nama Tunku terus dikenang sebagai
pemimpin berwibawa apabila berjaya membentuk Malaysia pada 16 September 1963
yang awalnya merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah), Sarawak
dan Singapura.
Ada pengkritik sejarah mengatakan tindakan Tunku
menyingkir Singapura daripada Malaysia selepas penyertaan Parti Tindakan Rakyat
(PAP) pada pilihan raya umum 1964 sehingga menimbulkan ketegangan kaum Melayu
dan Cina, adalah satu kesilapan besar kerana ia menyebabkan Singapura nekad
berpisah dari Malaysia pada 1965.
Tunku juga terkenal sebagai pemimpin
yang mementingkan perpaduan, malah sanggup berkorban apa saja demi kesejahteraan
rakyat. Namun, usahanya tidak berjaya apabila rusuhan kaum tercetus pada 13 Mei
1969. Tunku meninggal dunia pada 6 Disember 1990 di Hospital Besar Kuala Lumpur
dan disemadikan di Makam Di Raja Langgar, Alor Star.
No comments:
Post a Comment