PERDANA MENTERI KELIMA
NAMA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
UMUR: 64 tahun TARIKH LAHIR: 26 November 1939 TEMPAT LAHIR: Kepala Batas, Pulau
Pinang ISTERI: Datin Seri Endon Mahmood ANAK: Kamaluddin, Nori KELULUSAN: Ijazah
Sarjana Muda Pengajian Islam, Universiti Malaya
KELMARIN, 31 Oktober
2003, rasmilah Datuk Seri Abdullah dilantik sebagai Perdana Menteri kelima.
Memegang tampuk pemerintahan pada usia 64 tahun, Pak Lah dilihat cukup matang
dan berkaliber bagi meneruskan perjuangan ke arah negara maju.
Pak Lah
yang dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 8 Januari 1999 merangkap
Menteri Dalam Negeri, sebenarnya mempunyai asas politik kukuh kerana terbabit
dalam pelbagai pertubuhan nasionalis sejak di universiti.
Kesetiaan Pak
Lah kepada Umno tidak berbelah bagi kerana ketika Umno diisytiharkan sebagai
tidak sah pada 1988 dan rakan seperjuangannya menubuhkan Semangat 46, beliau
tetap teguh menyokong Dr Mahathir dalam mengembalikan kegemilangan
Umno.
Sepanjang perkhidmatannya, beliau menyeliakan pelaksanaan dasar
KeIslaman sejajar dengan aliran semasa dan Dasar Pandang Ke Timur yang bertujuan
menyemai etika kerja yang baik di kalangan tenaga kerja Malaysia.
Beliau
memainkan fungsi penting dalam program Dr Mahathir, termasuk kempen Kepimpinan
Melalui Teladan, Persyarikatan Malaysia, Dasar Penswastaan dan memperbaiki
perkhidmatan kaunter agensi kerajaan, selain memperkenalkan konsep pusat sehenti
untuk orang awam berurusan dengan kerajaan.
Kewibawaan Pak Lah yang
memiliki Ijazah Pengajian Islam dari Universiti Malaya terserlah apabila beliau
mampu menghadapi suasana genting penuh emosi di Pusat Dagangan Dunia Putra
sejurus selepas Dr Mahathir mengumumkan persaraannya.
Berbekalkan
pengalaman 13 tahun dalam perkhidmatan awam dan 25 tahun dalam politik, Pak Lah
diyakini mampu menerajui dan meneruskan agenda pembangunan seperti diharapkan
rakyat, termasuk Dr Mahathir.
No comments:
Post a Comment